Sabtu, 29 Mei 2010

SYUHADA DAN QISTINA


Syuhada ketika keciknya suka bergaya.Kehadiran anak sulung di dalam satu perkahwinan memang sesuatu yang amat di nantikan.Susah dan kepayahan menjaganya semasa kecil memberikan kami  berdua satu pengajaran yang amat berguna.Bayangkan sejak dia di lahirkan sampai lah habis pantang tiap -tiap malam dia menangis.Mulai selepas maghrib sehinggalah pukul 3 pagi.Macam usaha dilakukan namun tak juga berjaya.Ada yang suruh tukar namalah,cari orng mintak air yassin.Pokoknya bermacam -macam cara di buat.Mungkin inilah ujian tuhan yang di berikan kepada kami,tak cukup tidur ,penat dan bermacam-macam lagi kepayahan yang kami tempuh.Alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhan terutama isteri aku ,kami dapat menjalankannya dengan berjaya.Kesabaran jugalah yang membawa kami teringatkan bertapa susahnya kedua orang tua kami menjaga kami semasa kecil sehingga dewasa.Pengorbanan mereka sungguh membuatkan kami  berasa insaf bertapa bernlainya kasih ibu dan bapa.
 
Kehadiran anak kedua Qistina menambahkan lagi kecerian kami sekeluarga.Alhamdulillah dia tak menangis malam macam kakaknya.Anak yang suka tersenyum dan pandai melawak.Puting tak pernah tinggal apatah lagi bantal busuknya.Kerektor yang jauh sekali daripada kakaknya.Agak garang tapi amat penyayang dan paling nyata pandai memujuk.Kerana pengalaman anak pertama tadi agaknya,membesarkan anak yang kedua ini cukup senang dan tenang.Dan yang paling bagus kedua -dua nya tak suka berbuai.Senang hati tak payah bawak buai kalau pergi kunjung rumag saudara mara atau balik kampung.
Betul kata orang hidup berumatangga ini penyerinya ialah anak -anak ,biar tak berharta tapi bahagia kalau mempunyai anak.

Tiada ulasan: